Berikut adalah apa apa penerangan yang saya kira penting bagi pelabur mengatahui kepentingan dan kebaikan membuat pelaburan dengan Unit Amanah Saham. Cungkil seberapa banyak pengatahuan untuk menjadi pelabur yang bijak. Sila klik tajuk tajuk di bawah untuk bacaan selanjutnya, atau terus sahaja skrol ke bawah untuk bacaan langsung.
Inflasi adalah satu ancaman yang sangat senyap. Ramai orang tidak sedar bagaimana perkara ini boleh terjadi. Kita ambil contoh dengan pembelian nasi lemak. Lima belas (15) tahun yang lepas dengan RM1.50, kita boleh mendapat nasi lemak dengan telur sebiji. Sepuluh (10) tahun lepas dengan wang yang sama, kita akan mendapat nasi lemak dengan telur separuh biji dan hari ini, kita akan hanya mendapat nasi lemak dengan telur suku biji dengan wang RM1.50. Perasankan sekarang dengan wang yang sama tetapi kita dapat kuantiti yang berbeza. Nilai duit kita semakin mengecil. Inilah yang dinamakan inflasi. Sama seperti kadar pulangan berganda, inflasi berganda juga boleh memberikan kesan yang buruk terhadap taraf hidup kita.
Apakah inflasi?
Inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur ansur paras harga umum untuk produk produk dan perkhidmatan perkhidmatan, dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Sekiranya inflasi menaik, setiap ringgit yang anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Bahasa mudahnya, berlaku kemerosotan kuasa beli anda, nilai RM berkurangan....Sebagai contohnya, dari segi teori secawan teh tarik berharga RM1 akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5%.
Apakah sebab sebab berlakunya inflasi?
Dua sebab umum berlakunya inflasi:
i. Permintaan Tinggi, Bekalan Rendah
Jikalau permintaan meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan perkhidmatan, harga barangan terpaksa naik. Juga dikenali sebagai Inflasi Tarikan-Permintaan (Deman-Pull Inflation), ianya biasa berlaku di ekonomi bertumbuh dimana terdapat "terlalu banyak wang mengejar terlalu sedikit barangan".
ii. Peningkatan Dalam Kos Pengeluaran
Apabila harga bahan mentah naik, kos pengeluaran akan meningkat (contoh kenaikan harga minyak). Ini akan menyebabkan syarikat syarikat menaikkan harga untuk mengekalkan keuntungan. Ini juga berlaku apabila pekerja pekerja meminta gaji yang lebih tinggi kerana syarikat syarikat biasanya memindahkan kos kepada pengguna.
Persoalan sekarang bukanlah inflasi akan terus menaik tetapi adakah inflasi itu menaik melebihi kenaikan gaji kita atau pelaburan kita ataupun tidak.
Didalam kes yang berlaku pada tahun 2007 hingga 2008 bilamana minyak telah naik mendadak, kenaikan inflasi itu lebih tinggi berbanding kenaikan gaji pekerja......... dan kita mengeluh kuas membeli kita semakin berkurangan.
Mari kita lihat apa akan berlaku dengan nilai duit kita apabila ia disimpan, sebagai contoh, dibawah bantal. Kita kira dengan kadar inflasi 5%(0.05) selama 5 tahun.
Formula Kadar Inflasi Berganda Digunakan
FV = Future Value (Nilai Hadapan)
PV = Present Value (Nilai Hari Ini)
i = Inflation (Inflasi)
n = Numbers of Year ((Jumlah Tahun)
Jika wang yang terperap dibawah bantal itu adalah RM 10000.00 maka
FV = RM10000(1-0.05)^5
FV = RM 7738
Oleh itu anda kerugian sebanyak RM 2262 dalam tempoh lima tahun.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di 019 325 6161 atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com
Sebelum itu mari kita fahami kesan kesan inflasi. Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih rendah. Namun begitu, inflasi boleh menyebabkab krisis apabila peratusan itu meningkat lebih tinggi daripada peringkat yang ditetapkan. Cara yang paling nyata ia menjejaskan kewangan peribadi anda adalah dengan mengurangkan kuasa membeli anda.
Anda akan mendapati harga produk dan perkhidmatan setiap hari meningkat dan kos pinjaman menjadi lebih tinggi kerana kadar faedah yang turut naik.
Contoh:
Pada tahun 1978, dengan RM 300 anda boleh membeli barangan runcit sebulan untuk keluarga berempat orang.
Pada tahun 2008, dengan RM 300 anda boleh membeli barangan runcit untuk seminggu untuk keluarga berempat orang.
Pada tahun 2028, dengan RM 300 anda mungkin hanya boleh membeli barangan runcit untuk 2~3 hari untuk keluarga berempat orang.
Dengan memahami perbezaan di antara pulangan nominal dan pulanagan benar, anda akan dapat melihat kesan inflasi pada wang anda. Pulangan nominal merujuk kepada kadar pertumbuhan wang anda manakal pulangan benar ialah pertumbuhan kuasa beli anda, iaitu pulangan nominal menolak kadar inflasi. Oleh yang demikian, wang yang disimpan didalam simpanan tetap (sebagai contoh) akan mengurang nilainya sebab kesan pengkakisan inflasi.
Contoh
Kadar SimpananTetap 12 Bulan = 4%
Kadar Inflasi (peringkat peribadi) = 6%
Pulangan Benar dari Pelaburan = 4% - 6% = -2%
Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan kesan kesan inflasi:
i. Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan pelaburan anda.
Untuk melindungi simpanan anda daripada kesan inflasi bagi jangkamasa panjang, pilihan terbaik adalah dengan mendapat pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi. Dana dana ekuiti dan dividen yang memberikan pengagihan yang tinggi seharusnya menjadi pertimbangan yang tinggi bagi mengurangkan kesan kesan inflasi.
ii. Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan pelaburan anda
Sebuah portfolio seimbang yang mengandungi saham saham, bon bon dan sekuriti sekuriti pasaran wang dapat mengurangkan risiko dan memberikan perlindungan dari inflasi. Ini disebabkan nilai sejenis pelaburan mungkin akan menaik sementara pelaburan yang lain akan menurun. Namun begitu, kepelbagain tidak dapat melindungi anda dari kerugian dalam pasaran menurun.
iii. Mengurangkan pemegangan wang tunai yang banyak
Walaupun anda mendapat kecairan dengan memegang wang di tangan atau menyimpannya di dalam simpanan tetap, wang tersebut mungkin akan mengalami pengurangan nilainya melalui inflasi. Sebaliknya pelabur pelabur berisiko rendah boleh membuat pertimbangan untuk memindahkan wang mereka kesebuah portfolio seimbang (terdiri daripada 60% ekuiti dan 40% bon) untuk mendapat pulangan diselaraskan inflasi yang baik bagi tempoh sederhana panjang.
iv. Melabur di dalam sektor sektor yang berdaya tahan
Semasa keadaan pasaran yang tidak menentu, pelabur pelabur boleh melabur dalam sektor sektor yang derdaya tahan dan saham saham mewah sebagai perlindungan terhadap inflasi. Sektor sekto ini termasuk telekomunikasi, utiliti dan pengankutan. Emas juga diibaratkan sebagai tempat perlindungan selamat dalam ketidakstabilan kewangan atau semasa inflasi menaik.
v. Menguruskan hutang anda
Mengurangkan hutang anda ketahap minimum amat bermakna kerana kadar faedah menaik seiring dengan inflasi. Anda sepatutnya membayar habis pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang tinggi dengan secepat mungkin, terutamanya apabila kadar faedahnya meningkat.
Jika tadi kita dapat mengatahui bagaimana duit kita terkakis akibat kesan inflasi, mari pula kita lihat bagaimana nilai wang kita akan meningkat jika pelaburan kita mendapat keuntungan bersih 5% setahun. Keuntungan bersih ini setelah ditolak inflasi. Sekarang kita lihat dengan Formula Kadar Pulangan Berganda. Bezanya dengan formula ini adalah ia menaik maka (i) itu perlu ditambah.
Formula Kadar Berganda dugunakan
FV = Future Value (Nilai Hadapan)
PV = Present Value (Nilai Hari Ini)
i = Interest paid upon (Interes keuntungan)
n = Numbers of Year ((Jumlah Tahun)
Jika wang yang dilaburkan itu adalah RMK 10000 dan untung bersih (i) adalah 5% maka untuk jangka masa 5 tahun
FV = RM10000(1+0.05)^5
FV = RM 12763
Oleh itu anda mendapat untung sebanyak RM 2763 dalam tempoh lima tahun.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di 019 325 6161 atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com
3. Celik Kewangan - Membina Liabiliti (Tanggungan)
Ramai orang merasakan mereka arif menguruskan wang mereka tetapi masih terkial kial dengan dengan kewangan mereka. Ramai diantara kita yang mempunyai lebih hari hari berbanding wang setiap bulan. Ramai diantara kita merasa sesak dari 20hb sehinggalah hari menerima gaji.
Di universiti kita tidak belajar tentang kewangan yang sebenar benarnya. Ianya hanyalah satu pendekatan bagaimana kita boleh mengimbangi lejer kita supaya kita dapat menunjukkan untung rugi dalam perniagaan kita. Susan Lecter, Perancang Kewangan Bertauliah dan juga Penulis Bersama Rich Dad Poor Dad bersama Robert T. Kiyosaki juga bersetuju apa yang dipelajarinya di fakulti perniagaan tidak menjadikannya Celik Kewangan (Financially Literate).
Robert Kiyosaki menyatakan tentang idea beliau berkenaan dengan Celik Kewangan di dalam bukunya, Rich Dad Poor Dad. Saya mencadangkan supaya anda mendapatkan satu untuk anda.
Untuk memahami kekuatan kewangan kita, saya menggunakan sistem oleh Robert Kiyosaki yang dikenali sebagai Penyata Kewangan (Financial Statement). Ia mengandungi beberapa sel seperti Penyata Pendapatan (Income Statement), Penyata Perbelanjaan (Expenses Statement), Penyata Tanggungan (Liability Statement) dan juga Penyata Aset (Assets Statement).
Untuk memahami bagaimana Penyata Kewangan ini berfungsi, mari kita mulakan dengan satu kes pembelajaran.
Anda baru sahaja menamatkan pengajian anda dari kolej ataupun universiti dan anda bertuah anda mendapat pekerjaan.
Oleh itu, untuk beberapa bulan yang pertama itu, Penyata Kewangan 1 sesuai dengan anda. Bila anda mendapat gaji, anda membayar sewaan rumah, membeli baju baru, membeli keperluan dapur dan sebagainya. Apa yang anda dapat anda akan gunakan sepenuhnya. Anda mempunyai wang yang cukup setiap bulan dan mempunyai sedikit simpanan. Bagus.
Beberapa bulan berikutnya bila anda mempunyai wang yang cukup untuk pendahuluan kereta baru dan anda membelinya dengan selebihnya dengan pinjaman bank. Untuk kereta idaman anda itu, anda tersenyum puas. Bila ini berlaku, anda mula mendapatkan kad kredit kerana akaun anda hanya cukup untuk membeli keperluan dapur, membayar sewaan rumah dan juga minyak kereta anda. Bagaimana pula dengan selenggara kereta, aksesori kereta dan sebagainya. Oleh itu anda tunduk kepada penilaian anda sendiri untuk memiliki kad kredit. Semuanya keperluan.
Anda memberitahu diri anda sendiri bahawa itu adalah pelaburan anda tetapi sebenarnya anda baru sahaja mengikat hutang dengan bank. Sebenarnya bank yang memiliki kereta anda selagi anda berhutang. OK cuba periksa geran kereta anda, dimana geran anda dan apa status geran anda? Jelaskan .......... bank yang memiliki kereta anda, sehinggalah anda selesai melangsaikan segala hutang.
Oleh itu Penyata Kewangan 2 sekarang sesuai untuk anda. Dan saya percaya ramai diantara anda yang akan mempunya lebih hari dari wang dan anda akan mula menggunakan kad kredit yang mengenakan interes berganda sebanyak 18% setahun. Dan Sel Liabiliti anda menjadi besar dari mula mula tadi.
Kemudian anda telah menemui teman sejiwa anda yang anda ingin jadikan pasangan hidup anda. Anda berkahwin dan anda bahagia kerana anda mempunyai pendapatan bersama yang banyak. Anda berdua mengimpikan untuk mendapatkan rumah yang besar dengan empat bilik. Anda membeli rumah sebagai ikatan kasih sayang dan menyatakan sekali lagi ini adalah pelaburan anda. Benar properti akan meningkat tetapi tidak semua dan selalu. Ianya hanya memberi anda untung jika anda menjualnya. Jika anda masih mendudukinya, ianya hanya untung atas kertas. Oleh itu Penyata Kewangan 3 sesuai untuk anda.
Dan anda berhutang sekali lagi dengan bank dan Sel Tanggungan anda akan bertambah besar. Sel Aset yang anda sangkakan akan membesar tetap kecil kerana anda tidak menjualnya. Dan sekali lagi,rumah itu bukanlah rumah anda, ia masih milik bank sehingga anda selesai melangsaikan hutang rumah itu.
Beginilah caranya kita membina tanggungan. Cuba bayangkan jika kita diberhentikan kerja dan ansuran rumah anda terganggu, maka ini sebenarnya adalah tanggungan anda yang terancam.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di 019 325 6161 atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com
Banyak yang telah dibicarakan berkenaan membina liabiliti atau tanggungan. Dalam bahasa yang mudah, apa apa yang terkeluar dari poket kita sebenarnya adalah liabiliti. Untuk membina kekayaan atau kewangan yang baik, perbelanjaan kita mestilah kurang dari jumlah pendapatan kita atau pun kita perlu membina pendapatan ke Sel Pendapatan.
Ada banyak cara orang ramai boleh membina pendapatan. Anda boleh membuat jual beli rumah bila ada permintaan ke atasnya. Kebiasaannya kita menempah rumah semasa majlis pelancarannya dan apabila kita menjual ketika rumah sudah siap, kebiasaannya harga akan naik. Ataupun ada yang membelii rumah dan kemudiannya menyewakan rumah tersebut dengan sewaan lebih tinggi dari ansuran bulanan ke bank. Jika kita tidak dapat berbuat demikian, ia bukan pelaburan yang bijak.
Dan kebiasaannya, pelaburan jenis ini memerlukan wang yang sangat banyak. Ini adalah antara sebab kenapa antara kita tak dapat membuat pelaburan seperti ini. Oleh sebab itu ramai diantara kita mula melabur dengan unit unit amanah dengan pelaburan kapital yang rendah tetapi mempunyai faktor gandaan yang baik dari pengagihan keuntungan pada hujung tahun. Ini sangat baik bagi pelabur pelabur unit unit amanah.
Sebagai permulaan, sebenarnya ini boleh berlaku bagi kebanyakkan orang di Malaysia. Penyata Kewangan 4 menggambarkan keadaan ini untuk orang ramai yang membuat pelaburan ke unit unit amanah.
Apabila portfolio memberikan pengagihan yang baik, anda membenarkan duit tadi dilaburkan semula ke portfolio tadi. Selepas beberapa tahun, anda akan perhatikan duit anda telah berganda dari permulaan pelaburan anda. Ini adalah disebabkan oleh faktor kadar berganda (compounding factor).
Sekarang anda mula membahagi bahagikan portfolio anda. Anda mula melabur ke atas emas kerana umum mengatahui pasaran emas lebih stabil pada pasaran umum. Keuntungan dari portfolio portfolia ini akan dilaburkan semula dan mungkin cukup untuk anda memulakan pelaburan properti seperti rumah, lot lot kedai mahupun kilang. Penyata Kewangan 5 menerangkan sikap pelabur seperti ini. Mereka bersabar di dalam membuat pelaburan dan mungkin dalam masa sepuluh ke lima belas tahun mereka bergelar jutawan baru.
Dengan membina Sel Aset, kita sebenarnya membenarkan duit itu untuk menjadi lebih banyak dan keuntungan yang kita perolehi boleh digunakan untuk membeli apa yang dikehendaki atau membawa kita kemana yang kita inginkan.
Proses ini dinamakan DUIT BUAT DUIT (MONEY MAKES MONEY) dan pelabur tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan wang kerana wang tadi telah mendapatkan wang untuk tuannya.
Dengan mempelbagaikan pelaburan kita, kita sebenarnya mengurangkan risiko pelaburan lalu menjamin pulangan yang selamat untuk kita.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di 019 325 6161 atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com
Hukum ini digunakan untuk mengatahui bila waktu wang yang dilaburkan itu menjadi berganda dua.
Nombor ini akan dibahagikan dengan jumlah interest atau pun keuntungan dalam peratus yang diperolehi dari pelaburan pelaburan yang dipilih.
Contoh
Pelabur A melabur sejumlah RM 100000 kedalam satu Dana X dan mendapat pulangan 12% setahun.
Maka untuk Pelabur A mendapat gandaan dua dalam pelaburannya kita membahagikan 72 dengan 12 (72:12) dan kita akan mendapati ia akan menjadi berganda pada tahun yang ke enam (6).
Ini adalah pengiraan mudah. Untuk pengiraan yang lebih tepat, kita beoleh menggunakan Formula Kadar Berganda seperti yang telah di bincang pada subjek 2. Bagaimana Ingin Mengatasi Inflasi
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di 019 325 6161 atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com
Pelaburan dalam unit unit amanah mempunyai risiko yang sama dengan sesiapa yang melabur terus di KLSE. Yang membezakan kita adalah pengatahuan dalam membuat pelaburan supaya risiko yang diambil menjadi rendah. Dalam pelaburan unit unit amanah, perkara ini telah diambil kira oleh Pengurus Dana, namun demikian, kita sebagai pelabur sendiri mampu untuk membuatnya sendiri untuk mengurangkan risiko yang di tanggung oleh pelabur sendiri.
Penempatan Aset (Asset Allocation) bermaksud membahagikan wang untuk belian beberapa jenis dana, portfolio pelaburan dan boleh juga kepada beberapa buah negara.
Penempatan Aset Dengan JenisDana
Penempatan Aset Dengan Jenis Portfolio
Penempatan Aset Kepada Beberapa Negara
Sebagai contoh, dalam pelaburan dana Public Islamic Equity Fund, Fund Manager akan menetapkan sekurang kurangnya 80% dana kepada pasaran ekuati dan selebihnya pada saham sukuk dan juga asset cair yang dibenarkan shariah. Dalam saham amanah atau Unit trust ini dipanggil ‘Fund Exposure’ kepada jenis pelaburan.
Fund Manager juga akan membuat pelaburan bukan kepada satu atau dua portfolio saham,tetapi akan membuat pelaburan kepada banyak portfolio supaya risiko pelaburan menjadi lebih kecil. Ini kerana, prestasi sesuatu syarikat itu berbeza dan kebiasaannya untung rugi akan menjadi pukul rata. Dibawah adalah contoh portfolio bagi Public Islamic Equity Fund (PIEF)berbandingNilai Aset Bersih (Net Asset Value)
NamaSekuriti(portfolio) %NAV
IOICorporation Bhd 5
Tenaga Nasional Bhd 5
SimeDarbyBhd 4
MISCBhd 4
ChinaMobileLimited 4
Saya tidak silap meletakkan China Mobile Limited kepada senarai portfolio kerana kepelbagaian urusniaga negara juga boleh dijadikan modal untuk Asset Allocation.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di 019 325 6161 atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com
Ia merupakan satu teknik pelaburan yang digunakan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berpunca dari pembelian tunggalyang besar.
Ia dilakukan dengan membuat pelaburan dalam satu jumlah yang tetap setiap bulan atau setiap penggal ke dalam mana mana unit saham amanah tunggal, tanpa menghiraukan harga unitnya. Contohnya, anda boleh memilih untuk membuat pembelian saham bulanan sebanyak RM100 atau RM 200 kepada satu dana unit amanah saham. Atau mungkin juga anda membuat pembelian yang besar sedikit sebagai contoh RM 500 atau RM 1000 setiap penggal atau suku tahun.
Lebih banyak unit dibeli apabila harga unit sesaham rendah dan unit kurang dibeli jika harga unit sesaham tinggi.
Premis Pemurataan Kos Ringgit (DCA; Dollar Cost Averaging - Dalam Inggerisnya) adalah bagi seseorang pelabur yang ingin mencari perlindungan daripada kehilangan nilai pasaran tidak lama selepas dia membuat pelaburan. Walaupun Pemurataan Kos Ringgit boleh menjadi satu cara pelaburan efektif, ia tidak menjaminkan keuntungan ataupun melindungi pelaburan daripada kerugian dalam pasaran yang merosot pada masa sesingkat musim pelaburan menurun. Untuk pelaburan jangka panjang, ia sesuatu yang masih lebih baik lagi.
Untuk itu anda mesti terus membeli unit unit dalam pasaran pasaran menaik dan menurun supaya strategi ini menjadi berkesan. Oleh itu, anda patut memilih satu jumlah yang anda berasa selesa untuk melabur di bawah semua keadaan pasaran.
Untuk menjelaskan lagi Pemurataan Kos Ringgit dengan lebih baik,andaikan anda ingin menyimpan RM 12000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain daripada melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki semasa apasaran adalah tinggi, anda memutuskan untuk melabur RM 1000 setiap bulan dalam satu unit amanah saham seperti yang ditunjukkan jadual dibawah.
Dalam contoh ini, purata harga seunit saham sepanjang tempoh itu adalah RM 0.1983 tetapi purata kos seunit anda adalah RM 0.1923, iaitu 3% kurang daripada purata harga seunit disepanjang tempoh.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di 019 325 6161 atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com
Kaedah terakhir yang lazim digunakan oleh Pengurus Dana (Fund Manager)
adalah dengan menukarkan saham saham equity kepada saham saham bond ataupun Money Market.
Pasaran saham mempunyai keunikan sendiri dimana permintaan keatas jenis jenis saham saling tindak diantara saham saham ekuiti dan juga saham saham bond ataupun Money Market.
Perhubungan Tidak Langsung Jenis Jenis Saham dalam Pasaran
Pada pasaran 'Bull" iaitu indeks saham meningkat, pasaran pasaran saham unit amanah atau mana mana saham ekuati berkecenderungan untuk meningkat. Pada masa ini pelabur gemar membeli ekuati dan menjadikan pasaran ekuati meningkat.
Pada pasaran 'Bear' iaitu bila pasaran saham menurun, kebanyakkan pelabur akan melepaskan saham saham ekuati dan menjadikannya terus merudum, manakala pasaran pasaran bond dan money market akan meningkat kerana pada waktu itu permintaan tinggi disebabkan pelabur pelabur lain ingin membuat hutang melalui pelepasan bond bond kerajaan ataupun swasta.pada pasaran saham.
Kesempatan ini akan digunakan dan kebiasaannya, duit prinsipal yang dilaburkan akan kekal pada awal awal pelaburan. Pada masa saham ekuati sudah mula menandakan akan terus merudum, kita masih berkesempatan untuk menukarkannya kepada saham saham bond atau money market dan ini menyebabkan unit yang dibeli pada saham bond dan money market masih lagi rendah akan memulangkan jumlah unit yang banyak. Dan apabila pegangan bond dirasakan akan menurun apabila pasaran ekuati menaik, kita akan menjual saham bond pada harga yang tinggi pada harga asal dan akan mendapat kelebihan unit pada saham ekuati semula.
Teknik ini sangat berkesan jika kita berpegang kepada pelaburan jangka sangat panjang
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di 019 325 6161 atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com
Interest atau faedah sebenarnya berada disekitar kita. Memang kita
menyedarinya. Interest atau faedah yang kita serve atau kita serahkan
kepada bank melalui pinjaman kereta, rumah dan malah kad kredit; atau
interest yang kita suka dengar iaitu interest yang memberikan
keuntungan kepada kita samada melalui pelaburan dan simpanan dari bank
juga dengan pulangan yang sikit sahaja. Interest atau faedah yang
disebutkan ini bukanlah faedah yang dikenakan oleh bank ke atas
peminjam. Ini adalah keuntungan kita.
Interest atau faedah yang dibincangkan di sini adalah keuntungan
yang diberikan oleh sesuatu institusi yang dibenarkan keatas keuntungan
dari pelaburan yang dibuat. Di dalam urusan unit saham amanah ia biasa
disebut sebagai ‘distribution’ atau pengagihan keuntungan kepada
pelabur pelabur. Oleh kerana interest ini terlalu sinonim dengan
masyarakat kita, saya pun gunakan sebagai faedah sahaja sepanjang
penerangan ini.
Ada dua jenis interest atau faedah yang ingin diberitahu di sini.
1. Compound Interest dan
2. Simple Interest.
Perbezaan Simple Interest dan Compound Interest
Kebiasaannya yang berbuat demikian dengan compounding interest
adalah along along dan juga ceti ceti haram. Beginilah caranya mereka
menggandakan duit mereka tanpa mereka bekerja dengan keras. Duit yang
bekerja untuk mereka. Malang sungguh kita Melayu yang banyak
mendapatkan khidmatd dari along along dan juga ceti ceti haram ini.
Mari kita lihat perbezaannya;
Senario adalah seperti berikut – Pelaburan awal RM 10,000.00 dengan purata keuntungan adalah sebanyak 20% setahun
Senario Satu
Compounding Interest
Pada Tahun 2009 – RM 10,000.00 x 20% = RM 2,000.00
Jumlah keuntungan dan prinsipal (1)= RM 12,000.oo
Pada Tahun 2010 – RM 12,000.00 x 20% = RM 2,400.00
Jumlah (1) + Jumlah Keuntungan (RM2400) (2) = RM 14,400.00
Pada Tahun 2011 – RM 14,400.00 x 20% = RM 17,280.00
Maka keuntungan sebenar anda andalah RM 17280 – RM 10000 = RM 7280
Peratusan Keuntungan anda = (RM 7280/RM10000) = 72.8% – (So bukan 60% kalau anda perasan)
Senario Dua
Simple Interest
Pada Tahun 2009 – RM 10,000.00 x 20% = RM 2,000.00
Jumlah keuntungan (1)= RM 2,000.oo
Pada Tahun 2010 – RM 10,000.00 x 20% = RM 2,000.00
Jumlah Keuntungan (1) + (2) = RM 4,000.00
Pada Tahun 2011 – RM 10,000.00 x 20% = RM 6,000.00
Jumlah Keuntungan (1) + (2) +(3) = RM 6000
Maka keuntungan sebenar anda andalah RM 6000
Peratusan Keuntungan anda = (RM 6000/RM10000) = 60% – (So ini baru betul betul 60% kalau anda perasan)
Oleh yang demikian, terbukti graf diatas adalah benar bahawa
compounding interest ini jauh lebih baik dari simple interest.
Bukankah anda akan menjadi lebih bijak jika anda mengikut nasihat saya,
CARILAH pelaburan unit amanah saham (unit trust) dengan membuat
compounding interest
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di 019 325 6161 atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com
Banyak juga yang telah
diperkatakan berkenaan Compound Interest (Faedah Berganda) dalam blog
ini. Harap pengunjung blog, pelabur pelabur dan juga bakal pelabur
dapat sedikit pengatahuan mengenainya.
Di sini saya cuba untuk menunjukkan perbezaan Compounding Interest
antara Unit Trust / Unit Saham Amanah dengan Amanah Saham Bumiputra
(ASB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP )dan juga Simpanan Tetap
Bank.
Data data yang diambil menunjukan Sejarah Dividen KWSP (Dividend
History EPF) dan Simpanan Tetap dari Bank Negara dan data data untuk
dividen untuk Unit Trust pula datangnya dari FMUTM, badan yang mengawal
industri unit amanah saham.
Saya biarkan gambar dibawah mencerikan segalanya. Saya akan menyusul dengan nota saya dengan warna font yang lain nanti
Dalam posting yang di atas, saya telah menunjukkan Compounding Interest
(Faedah Berganda) dari Pelaburan ASB, Fixed Deposit juga dari KWSP
(EPF). Diantara ketiga tiga itu yang terbaik adalah ASB dengan purata
Faedah Berganda (Compounding Interest) setiap tahunnya adalah sekitar
8.8%. Ramai antara anda yang berasa gembira mendapat pulangan sebanyak
itu, tetapi bagi yang melabur secara tunai sahajalah. Bagi yang
membuat pelaburan dengan meminjam bank sebanarnya tidaklah untung
mana. Menang sorak ajer orang dulu dulu kata.
Bagi memberikan gambaran yang sebenar tentang mana yang mempunyai
prestasi yang baik, saya akan lampirkan sekali laporan prestasi dana
dana Public Mutual kepada anda semua. Prestasi ini diambil dari Publi
Mutual official website. Klik SINI untuk Prospektus Dana Syariah Public Mutual. Atau klik pada side bar sebelah kanan untuk download Prospektus Dana Syariah Public Mutual.
Anda juga boleh membeli majalah Personal Money dan lihat sendiri
prestasi prestasi dana dana Syariah Public Mutual. Kami dengan rasa
bangga boleh memberitahu orang ramai prestasi dana dana dari Public
mutual Jauh lebih baik dari yang diberikan oleh ASB.
Sebagai perbandingan permulaan, saya bandingkan dana Public Ittikal
dengan ASB. Ini kerana dana Public Ittikal adalah antara produk yang
paling lama dikeluarkan oleh Public Mutual.
Sejak dana Public Ittikal dikeluarkan, Faedah Berganda (Compounding
Interest) yang telah diberikan oleh Public Mutual kepada pelabur
pelaburnya adalah sebanyak 20.29% setahun. Memang ada tahun tahun yang
merudum menyebabkan ia berada di paras negatif tetapi pukul rata
pulangan yang diberikan masih tinggi sebanyak 20.29%. Tetapi jika
mampu mengurus risiko dan berkeinginan mempunya pelaburan jangka
panjang, kita akan mendapat lebih banyak untung. Ini diterangkan pada
post saya, Mengurus Risiko – Penukaran (Switching).
Kita lihat antara dana dana yang dikategorikan sebagai baru dari
Public Mutual. Kita lihat dana PIEF (Public Islamic Equity Fund).
Jelas Pulangan yang diberikan juga tinggi iaitu sebanyak 22.88%.
Faedah Berganda ini (Compounding Interest) yang memberikan kita
keuntungan dengan kadar yang tidak mampu dilakukan oleh ASB.
Berikut adalah dana yang dikira baru juga. Baru berusia 3 tahun dan
pulangabn tahunan juga sangat baik. MAri kita lihat dana PIOF (Publis
Islamic Oppurtunity Fund).
Ketiga tiga dana yang ditunjukkan diatas semuanya mengatasi Faedah Berganda (Compounding Interest) yang diberikan oleh ASB.
Memang kami mengakui ada tahun tahun yang menjadi negatif tetapi
pulangan purata tahunan masih lagi baik berbanding ASB. Dan dengan
menggunakan teknik yang telas saya gambarkan dalam Kaedah Kaedah
Mengurangkan risiko dalam posting yang terdahulu, kita sebenarnya mampu
membuat keuntungan dalam masa sukar juga.
Tambahan pula, sejarah pasaran saham dunia menunjukkan pasarang
saham akan terus menaik. Masa yang menentukan lama mana dia dalam
keadaan sukar seperti yang berlaku dalam peperangan besar dunia dan
penularan wwabak penyakit.
Jadi bagaimana pandangan anda dengan Unit Amanah Saham Islam dari
Public Mutual (Unit Trust Islamic Public Mutual). Saya berani kata
anda akan mula menyukainya
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di 019 325 6161 atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com